Chocolate Oats Crips










Sumber : Koleksi resipi oats

Bahan
  • 130g tepung gandum }
  • 30g tepung jagung }
  • 20g serbuk koko } ayak
  • ½ sk serbuk penaik }
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis }
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
Cara
  • Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  • Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  • Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga kental.
  • Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  • Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
Nota:
  • Saya tak terap cookies ni. Saya buat macam drop cookies dan press dengan garfu. Bakar pada 175C selama 12-15 minit.

0 comments:

Post a Comment