Meron pan

Meronpan

Bahan-bahan ( 10 biji )

ROTI
  • 125ml air
  • 30g telur
  • 250g tepung roti
  • 25g gula
  • 12g susu tepung
  • 4g garam
  • 25g butter
  • 4g dry yeast
COOKIE
  • 150g tepung gandum
  • 45g gula halus
  • 4g baking powder
  • 30g butter
  • 50ml telur
  • 20g chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  2. Cookie1
    Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  3. Cookie2
    Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  4. Cookie3
    Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
  5. Cookie4
    Satu bahagian letaklah chocolate chips
  6. Cookie5
    Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  7. Cookie6
    Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  8. Meronpan1
    Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
  9. Meronpan2
    Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
  10. Meronpan3
    Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  11. Cookie7
    Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  12. Cookie8
    Canaikan cookie
  13. Meronpan4
    Letakkan cookie ke atas roti
  14. Meronpan5
    Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
  15. Meronpan6
    Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  16. Meronpan7
    Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  17. Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

0 comments:

Post a Comment