Cendawan Goreng Tepung

Picture_044

sofieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Cendawan
  • Tepung Kentucky (Gorengan ayam)
  • 1 biji Telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Picture_039 Cendawan dicarik-carik seperti dalam gambar. Jangan terlalu besar kerana nanti bila digoreng,cendawan itu tidak rangup-lembik.
  2. Picture_042 Pecahkan telur dan dipukul sedikit supaya putih dan merah bercampur. Tuang dalam cendawan. Gaulkan sebati.
  3. Picture_040 Tuang tepung Kentucky. Gaulkan cendawan sebati.
  4. Picture_043 Goreng cendawan hingga berwarna kecoklatan dalam minyak panas.


>> KALAU TIADA TEPUNG KENTUCKY, BOLEH GANTIKAN DENGAN TEPUNG GANDUM DAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG.TAMBAHKAN JUGA SEDIKIT GARAM. << ~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ~

0 comments:

Post a Comment