AYAM UNGKEP

Ungkep

fidadaud@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-12 orang )

  • 1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
  • 30-40 gm ketumbar - dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sudu makan gula
  • Garam - secukup rasa
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
  • Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air. Gaul lagi.
  • Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  • P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

0 comments:

Post a Comment