GRAPEFRUIT JELLY

Grapefruitjelly1

boleh juga ganti grapefruit dgn oren

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji grapefruit
  • 30g gula
  • 2 sudu kecil gelatin
  • plain yogurt secukupnya
  • daun pudina untuk hiasan

Cara-cara

  • Ambik sebiji grapefruit. Belah 2. Guna juicer ambik jusnya sebanyak 1cwn(200ml). 1 biji lagi, buang kulit dan ambik isinya.
  • Masukkan gelatin ke dalam mangkuk kecil. kemudian masukkan 2sudu besar air. Kacau.
  • Larutkan gula ke dalam 1 cawan air panas. Kacau biarkan gula hancur. Masukkan pula gelatin tadi. Kacau biar gelatin hancur.
  • Masukkan larutan gula ini ke dalam isi grapefruit tadi. Alaskan mangkuk dengan air yg mengandungi ketulan ais sambil dikacau. Bila dah sejuk, tuangkan ke dalam acuan.
  • Grapefruitjelly
    Simpan dalam peti ais lebih kurang 1jam 30 minit atau sehingga jadi bentuk jelly.
  • Bila nak makan, masukkan plain yogurt ke dalam bekas sesuai. Lepas tu letaklah jelly tadi. Bolehlah dihias dgn daun pudina.

0 comments:

Post a Comment