KARIPAP INTI KELEDEK

Photo-0057

bila2 masa bleh mkn...

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu minyak masak ( panaskan )
  • garam skit
  • air
INTI
  • 5 biji keledek
  • 2 sudu kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air

Cara-cara

Untuk membuat kulit karipap
  • - campurkan tepung n marjerin.Gaul rata..Masukkan minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk buat inti -
  • keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  • Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

0 comments:

Post a Comment