Bahan-bahan ( 10 orang )
- 185g mentega
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1¼ cawan gula kaster
- 3 biji telur ayam
- ⅓ cawan susu cair / susu segar
- 1½ cawan tepung naik sendiri
- ⅓ cawan tepung jagung
Cara-cara
- Lenserkan loyang kek dengan marjerin / mentega / minyak masak dan ditabur dengan tepung.
- Campurkan mentega, esen vanila, gula kaster, telur, susu cair dan tepung naik sendiri yang telah diayak serta tepung jagung di dalam mangkuk pengadun.
- Pukul dengan mesin pengadun elektrik dengan kelajuan sederhana sampai sebati selama 3 minit atau sehingga kelihatan gebu.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150°C selama 45 minit atau apabila lidi tidak basah apabila dicucuk pada kek.
- Biarkan selama 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Taburkan dengan gula aising di atas kek (mengikut citarasa)
0 comments:
Post a Comment