Puding Aiskrim

Puding-aiskrim-izan

Bahan-bahan ( 10 orang makan )

  • 37 gram agar agar strip – direndam sebentar
  • 7 mug air
  • Gula ikut kemanisan masing masing
  • 6 biji kuning telur – dipukul sedikit
  • 6 biji putih telur – dipukul sedikit sampai putih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit esen vanila Pewarna kuning n merah
  • 1 tin buah coktail – separuh buah dan air digunakan untuk membuat sos puding
  • ½ buah cocktail tadi diblend separuh halus bersama airnya
Sos Puding
  • 1 tin susu cair, 1 tin air
  • Gula melaka – guna gula pasir kurang sedap dan Sedikit tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • Vanilla dan ½ tin air coktail diblend bersama ½ buah coktal tadi .. sedikit garam

Cara-cara

  • 1865366266_f6e6a21803
    Masak agar agar bersama dengan 7 mug air
  • Bila dah hancur masukkan gula dan masak sebentar
  • Bahagikan agar agar kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan warna merah dan satu bahagian lagi diwarna kuning
  • Bahagian berwarna kuning dimasak semula bersama santan, susu cair, vanilla, kuning telur dan campuran buah koktail yang dimesin tadi. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan agar agar ini dalam bekas or loyang 4 segi. dan Masak semula bahagian yang berwarna merah bila mendidih masukkan agar agar ini ke dalam putih telur yang dipukul tadi.
  • Masukkan bahagian merah bersama putih telur tadi sedikit sedikit ke dalam agar agar yang berwarna kuning. Tuang ke setiap bahagian ( telur tu seakan akan berbuih macam aiskrim) jangan dikacau
  • Kalau guna bekas kaca kita akan nampak 2 lapisan terbentuk...kuning di bawah dan merah di atas. dan Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
Sosnya
  • Masak susu cair bersama 1 tin air (kalau pekat tambah sedikit air)
  • Masukkan gula melaka dan kacau hingga gula cair.
  • Kemudian masukkan kastard , vanila n garam dan coktail tadi
  • Masak sehingga mendidih – sentiasa dikacau kalau tak mudah hangit

0 comments:

Post a Comment