Bahan-bahan ( 8 biji )
Bahan-bahan untuk doh:
- 110ml air
- 30g telur (1/2 biji telur yg besar)
- 240g tepung roti
- 10g tepung soya atau tepung susu
- 35g gula halus
- 1/4 sudu kecil garam
- 15g majerin atau mentega
- 1 sudu kecil dry yeast
- 1/2 sudu kecil bread improver
- 300gm keladi
- 2-3 sudu besar air panas
- 1-2 sudu besar minyak masak
- 1/4 cawan gula halus (tambah/kurang ikut citarasa masing2)
- Pewarna merah dan biru (3:1) - Optional
- Hirisan almond secukupnya
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker mengikut susunan. Pilih menu untuk buat doh, on kan.
- Sementara itu, sediakan inti. Buang kulit keladi, potong kecil2 dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan air panas dan tutup dgn plastic wrap, masak dalam microwave sehingga empuk.
- Lenyek-lenyekkan keladi dengan garfu. Masukkan gula, minyak dan pewarna, gaul sehingga rata. Masakkan lagi dalam microwave selama 1-2 minit. Biar sejuk sikit, buat 8 bebola dan simpan dalam peti sejuk.
- Keluarkan doh dari breadmaker, bahagikan kepada 8 bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
- Balutkan inti keladi tadi seperti biasa. Canaikan pelahan-lahan untuk buat betuk panjang, lebih kurang 12 cm.
- Gunting atau hiris doh yg berinti, jagan sampai putus. (Boleh rujuk gambar untuk buat roti sosej.) Rapatkan kedua-dua hujung, buat bentuk U.
- Rehatkan selama 30 minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12-15 minit. Keluarkan dan sapukan mentaga pada permukaan roti dgn segera. Taburkan sedikit hirisan almond yg telah dibakar.
0 comments:
Post a Comment