Easy Creamy Pizza

Picture_53_

nurul0705@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

Sos Putih:
  • 2 sudu butter
  • 1 sudu tepung gandum
  • sedikit lada hitam, garam dan sedikit Italian Herb @ Oregano
  • 2 kotak susu dutch lady yg kecik..sy rase dlm 500ml agaknya..
Bahan lain:
  • 2 @ lebih Sosej dihiris
  • 2 @ lebih Crab stick dihiris
  • separuh burger ayam/daging di potong dadu
  • Separuh lada benggala
  • Mozarella cheese
  • Roti putih biasa

Cara-cara

Cara membuat Sos Putih :
  • Cairkan butter sehingga berbuih, masukkan tepung gandum dan gaul dengan laju sehingga sebati. Kemudian masukkan susu perlahan-lahan dan kacau. Masukkan sedikit garam, lada hitam dan Italian Herb @ oregano. Kacau sehingga pekat.
  • Masukkan semua bahan-bahan seperti sosej, crab stick, burger dan lada benggala. Gaul rata bersama sos putih tadi.
  • Ambil roti putih, sapukan sos putih bersama bahan-bahan tadi dan taburkan mozarella cheese di atasnya. Bakar dalam toster selama 4-5minit @ sehingga cheesenya kuning keemasan. Hidangkan bersama sos cili.

0 comments:

Post a Comment