Puding Kastard

Puding_Kastard

BAHAN JELI :
  • 1 paket serbuk gelatin halal (50g)
  • 1 liter air panas
  • 1/4 cawan gula
  • Perwarna & perasa
CARA :
  • Masukkan serbuk gelatin halal ke dalam air yang telah dipanaskan. Kacau hingga sebati. Masukkan gula.Tuang ke dalam bekas yang bersesuaian. Letak sedikit pewarna & perasa yang dikehendaki .Biarkan sejuk dan keras di dalam peti ais.
BAHAN PUDING :
  • 1 cawan air
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu tepung jagung
  • ½ cawan gula
  • 1 tin buah cocktail
CARA :
  • Masak kesemua bahan di atas api perlahan. Biar mendidih. Angkat dan sejukkan. Kemudian tuang ke atas jeli yang sudah keras. Tabur buah cocktail mengikut citarasa.

0 comments:

Post a Comment