AYAM LEMAK CILI PADI


Sumber:Ishzah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam ~ bersihkan potong 12 (Kalau suka boleh goreng setengah masak ataupun salai atas bara api terlebih dahulu)
  • 4 biji kentang ~ kupas kulit belah empat
  • 2 biji buah tomato ~ belah empat
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai kecil daun kunyit
  • 250 ml santan kara ~ pada yang cuba elak menggunakan santan..boleh juga gunakan susu cair.
  • Sedikit air asam jawa ataupun perahan air limau nipis
  • Secukup air ~ untuk buat kuah
  • 1 s/mkn gula ~ optional
  • Garam ~ secukup rasa
  • Minyak masak - secukupnya ~ optional
  • Secukup bawang goreng ~ untuk hiasan
Bahan Yg Perlu Di Kisar
  • 12 tangkai cili padi
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 cm kunyit basah
  • Sedikit belachan
Cara menyediakan
  • Pijarkan minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan yg di kisar hingga garing dan naik bau wanginya.
  • Masukkan sedikit garam dan gula, daun limau, daun kunyit lalu di ikuti pula dengan sedikit air (agak-agak nak buat kuah..usah terlalu banyak nanti cair)biarkan mendidih seketika.
  • Masukkan kentang dan ayam yg telah di buang kulit dan dicuci bersih. Biarkan hingga ayam dan kentang agak empuk, baru masukkan santan ataupun susu cair dan air asam ataupun perahan limau nipis.
  • Kacau sekali sekala agar santannya tidak pecah. kemudian masukkan buah tomato yg telah di belah.
  • Rasa apa yg kurang bolehlah di tambah. Perlahankan api..biar merenih seketika hingga kuahnya agak pekat sedikit.
  • Padamkan api. Bila menghidang taburkan sedikit bawang goreng ke atasnya.

0 comments:

Post a Comment