GULAI KIKIL









Sumber: Yatie's Cooking

Bahan-bahan utk membuat 'Gulai Kikil':

  • 600gm kikil (bahagian tunjang)
  • 1 biji kelapa (ambil santan)
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 4 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 4 helai daun salam
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut - dihiris halus
  • sedikit kayu manis
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  • Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit hidup, lengkuas & halia. Tumiskan selama 5 - 8 minit.
    Kemudian masukkan kayu manis, serai, garam secukup rasa. Kacau sehingga naik aroma.
    Masukkan santan, kemudian dikacau lebih kurang 10 minit.
    Setelah santan mendidih, masukkan kikil & kacau lagi.
    Kemudian masukkan daun kunyit, daun salam & hirisan daun limau purut. Kacau sehingga kikil empuk & boleh lah dihidang.

0 comments:

Post a Comment