APPLE CRUMBLE MUFFIN

P2201049

zaliana@myresipi.com

Bahan-bahan ( 22 biji )

  • 155 gram tepung naik sendiri
  • 150 gram tepung wholemeal
  • 115 gram gula perang halus
  • 185 ml susu segar, 2 biji telur
  • 125 gram mentega-dicairkan
  • 1 1 /2 sudu teh baking powder
  • 1 biji epal hijau-buang kulit dan sagat halus (saya pakai epal merah)
  • 1/4 cawan badam (nib)
Untuk topping-'crumble'
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 100 gram gula perang
  • 70 gram rolled oat
  • 80 gram mentega
  • 1/3 cawan campuran buah kering

Cara-cara

  1. Panaskan oven.Campurkan tepung naik sendiri,tepung wholemeal dan baking powder.Gaulkan hingga rata.
  2. Dalam sebuah bekas lain,pukul gula perang halus bersama telur.Kemudian masukkan mentega cair dan susu segar.Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan campuran No 2 ke dalam tepung dan kacau.Kemudian masukkan epal sagat dan badam.
  4. Untuk menyediakan 'crumble' pula gaulkan sehingga rata tepung gandum,gula perang,rolled oat dan campuran buahan kering. Kemudian menggunakan hujung jari,masukkan mentega dan gaul sedikit demi sedikit.
  5. Alaskan dulang muffin dengan kertas muffin.Kemudian masukkan adunan muffin.Letakkan crumble diatasnya dan bakar selama 25 minit,atau hingga keperangan.
  6. Sedap dimakan semasa masih panas.

0 comments:

Post a Comment