PLAIN WAFFLE ( 2)

Dsc01107

Plain waffle..sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Bahan-bahan ( 4 keping )

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 75 ml susu segar
  • 2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh minyak masak
  • 1 sudu teh gula halus
  • secubit garam

Cara-cara

  • Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu.Ketepikan
  • Dlm bekas berasingan,gaul rata telur kuning,tepung( ayak bersama baking powder terlebih dahulu) ,susu,garam,minyak masak. Masukkan adunan ini ke dlm telur putih tadi.Gaul rata.
  • Dsc01106
    Panaskan snack maker,sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2 minit. Sedap di makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu.
  • Boleh juga di masak dalam kuali.Walaupun rupa tak serupa ,rasanya tetap sama.

0 comments:

Post a Comment