TALAM BERLAUK AYAM

Talam_berlauk

Bahan-bahan ( 20cm )

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 100gm Daging ayam cincang yg telah direbus
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar
  • 3 peket Serbuk Santan ( I gunakan Santan S&P )
  • 3 Cawan air
  • 2 Tangkai daun bawang - dihiris halus
  • 2 Tangkai Daun sup dihiris
  • 2 Biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa

Cara-cara

  • BAncuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  • Dalam bekas lain, masukkan tepung, ayam, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. GAul hingga semua sebati.
  • MAsukkan santan dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan garam.
  • Kemudian masak adunan hingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.
  • MAsukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.
  • Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili dia atas adunan tadi.
  • Kukus lagi selama 15 minit. & SIAP

0 comments:

Post a Comment