GULAI TAUCU

Pcdv0005

ada rasa masam,manis dan masin. sedap hirup kuahnya

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 ekor ikan kembung.
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia.
  • 1/2 batang timun
  • sedikit kunyit
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara

  • Bersihkan ikan kembung. potong dua dan kunyitkan serta goreng garing.
  • potong timun seperti hendak buah acar, iaitu panjang-panjang bahagian tengah dibuang.Belahkan cili tetapi jangan sampai putus. Bawang besar dibelah 4.
  • Panaskan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih dengan halia.
  • Masukkan taucu. kacau dan biarkan garing sedikit.Masukkan sedikit serbuk kunyit serta kacau.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukan timun, cili, dan bawang. Rasa masinnya.
  • Akhirnya, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih baru padamkan api.

0 comments:

Post a Comment