IKAN LAMPAM BERSAMBAL TAUCU

Taucu

meow@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng)
  • 2 sudu besar taucu masin - dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit
  • minyak utk menumis
  • gula dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan ditumbuk halus
  • 1 genggam lada api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan ditumbuk kasar
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
Bahan dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam gelugor

Cara-cara

  • sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus.
  • Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api
  • Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas..

0 comments:

Post a Comment