GULAI KURMA DAGING LIZA

Kurma

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 kg daging
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 - 2 sudu makan cili giling
  • 3-4 sudu makan rempah kurma
  • 2-3 biji kentang
  • 1 biji kelapa
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji buah tomato
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Daging dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar...Rempah kurma dan cili giling dibancuh bersama sedikit air...Kentang dipotong enam...Tomato dibelah empat...Sediakan santan daripada sebiji kelapa...
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...Apabila naik bau, masukkan pes kurma dan cili giling tadi...Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air...
  • Masukkan pula daging...Kacau rata-rata dan biarkan rempah kurma meresap...Kemudian, tambahkan 2 - 3 cawan air...Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil...Biarkan sampai mendidih...
  • Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk...Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping...Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato..
  • Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit...Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan

0 comments:

Post a Comment