Lebihan putih telur..resipi nih saya amik dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang
Bahan-bahan ( 5 orang )
- 15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
- 200g kelapa parut – tanpa kulit ari
- 10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
- 300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)
Cara-cara
- Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
- Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
- Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak.
0 comments:
Post a Comment