GULAI DAGING KAWAH SIMPLE

Picture_016

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 1/2 kg daging-dipotong nipis
  • *3 ulas bwg merah(kisar)
  • *2 ulas bwg putih(kisar)
  • *1/2 in lengkuas,1/2 halia,sedikit kunyit hidup-dikisar
  • 2@3 sd(b) lada mesin
  • *1 sdk rempah gulai *1 sdk rempah adabi *1 sdk rempah gulai BUNGA ROS *1/2 sdk rempah masak BUNGA ROS
  • 1in gula melaka
  • 1 sd(b) kerisik, sedikit air asam jawa @ 1 keping asam gelogor
  • garam secukupnya
  • santan dr 1/2 bj kelapa
  • myk unt menumis

Cara-cara

  • tumis lada mesin hingga naik bau
  • kemudian masukkan bhn2 bertanda(*) .biarkan seketika sehingga naik bau.
  • masukkan kerisik,air asam jawa.masukkan pula daging bersama 1 cwn air.tambahkan garam secukup rasa dan gula melaka.tutup tudung periuk.biarkan daging empuk.
  • jika daging tak empuk boleh tambah kan air,biarkan daging betul2 empuk
  • bila daging sudah empuk masukkan santan,kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
  • tunggu hingga mendidih.biarkan seketika,gunakan api kecil(sehingga gulai naik minyak).angkat dan hidang
  • **jika suka, boleh tambahkan ubi kentang.

0 comments:

Post a Comment