TUMIS ASAM IKAN TALAPIA

Asam

meow@myresipi.com


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng
  • secekak daun kesum
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Bahan2 Kisar
  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih

Cara-cara

  • Sediakan periuk dan panaskan minyak.. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing
  • Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)
  • Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

0 comments:

Post a Comment