MIHUN REBUS ALA KAMPUNG

Mihun_rebus_kampung

nor_67@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 - 7 org )

  • 1 bungkus mihun - celurkan sekejap
  • 300gm isi ayam
  • 300gm isi ikan (selayang ke, tenggiri ke, ikut suka)
  • 1sk tepung jagung
  • 1/2 sk garam
  • 1sk serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
  • 2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 liter air
  • sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
  • daun saderi
utk lada kicap:
  • 5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
  • 5sb kicap manis
  • 4 sb cuka

Cara-cara

  • Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
  • Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
Utk buat bebola ikan*
  • ambil isi ikan (buangkan semua tulang yg kasar maupun yg halus). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
  • Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
  • Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
  • Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
  • Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
Utk membuat lada kicap
  • hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
  • Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
  • Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..
  • Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment