BEGEDIL IKAN

Bergedilikan

Kitar semula sebarang ikan goreng yang tak habis

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 400gm kentang - dipotong 4 memanjang
  • 2 ekor ikan ikan goreng - ambil isinya dan ditumbuk/kisar sedikit
  • 1 sdb udang kering - kisar halus
  • 1 sdk serbuk lada sulah
  • 1/2 sdk garam
  • segenggam bawang goreng - tumbuk/ramas sedikit
  • sedikit daun sup - dipotong halus
  • 1 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara

  • Goreng kentang sehingga masak/garing. Setelah itu, angkat, toskan minyak dan terus lenyek lumat kentang tersebut. Jgn tunggu sehingga kentang sejuk kerana kentang akan mengeras dan susah untuk dilenyek.
  • Campurkan kesemua bahan lain (kecuali telur untuk menggoreng) dan gaul rata.
  • Bentukkan seperti bebola, kemudian leperkan sedikit.
  • Celup di dalam telur sebelum digoreng.
  • Goreng pada minyak 3/4 tenggelam. Goreng kira-kira telur yang menyaluti bergedil ini masak/garing sahaja.

P/S: Jgn gunakan api yang terlalu kecil ketika menggoreng kerana ini akan menyebabkan bergedil serap terlalu banyak minyak.


0 comments:

Post a Comment