MILK WAFFLES ( 4 )

Img_9149_phixr-2

waffle ni menggunakan tepung roti. crunchy diluar chewy kat dalam.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 140ml susu segar
  • 100gm tepung roti
  • 100gm tepung gandum
  • 25gm granulate sugar
  • 20gm butter (potong kiub kecil2)
  • 1/2 sudu teh dry yeast
  • secubit garam
  • gula kasar (optional - saya guna gula perang untuk coffee)

Cara-cara

  • Didalam bowl tahan panas, panaskan susu dengan microwave (600watt, 1 min) suam2 kuku. Masukkan butter, kacau sampai butter cair.
  • Masukkan dry yeast dan gula kedalam 1. kacau. tambah garam.
  • Masukkan tepung gandum, tepung roti dan kacau sehingga tiada tepung tertinggal.
  • Tutup bowl dengan plastik wrap, microwavekan (low/170watt, 30 sec). biarkan dia naik selama 15 minit.
  • Panaskan waffle maker. ambil doh tadi sebesar 2 sudu besar, leperkan sedikit, tabur permukaannya dengan beberapa ketul gula kasar sebelum diletak ke atas waffle maker. Doh ini seperti doh roti, tapi lebih lembut. bila tekan dia akan membentuk sendiri dan bakar sampai perang.
  • Kalau nak guna BM pun boleh.

0 comments:

Post a Comment