resepi mak i ni, rasa ala2 kek buah cosway gitu, cubalah
Bahan-bahan ( ramai boleh makan )
- 1 3/4 cawan gula pasir
- 2 cawan air sejuk
- 2 cawan magerin /mentega
- 400g buah-buahan campuran
- 4 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
- gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan (ada sebahagian buah timbul). tutup api dan biarkan sejuk
- tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
- pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
- masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
- bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius
0 comments:
Post a Comment