KEK KUKUS ZAIMA(Most Popular Cakes)

zanie copy paste resepinyer ya Sweetbobo's....

Sumber: Sweetbobo's

Bahannya
  • 1 cawan Serbuk Koko
  • 1 cawan Gula Castor
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 cawan minyak masak @ guna mentega, dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum @guna tepung kek
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh Ovalette
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • kukus guna acuan kecil pun sedap dan cepat!!!

Caranya:

  • Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
  • Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.
  • Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.
  • Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja.
  • Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil (saya gunakan napkin - because i’m more confident with napkin….of course make sure yg bersih ya….)….utk 2 bekas kecil ini (anggaran ukuran 5 in x 4 in) saya kukus selama 45 minit sahaja dengan api yg sederhana (tidak besar atau terlalu kecil). Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

0 comments:

Post a Comment