KARIPAP PUSING (hellikonia)
















Sumber: Rozzan

Bahan A
(Doh Minyak)
  • 100 gm tepung
  • 1 cawan air suam
  • ½ cawan minyak masak
  • 2-3 cubit garam
  • * Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil. (saya buat 10 bebola dgn setiap bebola seberat +- 90 gm)
Bahan B (Doh Majerin)
  • 400 gm tepung
  • 150 gm majerin (I used almost 200 gm)
  • * Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (saya buat 10 juga dgn setiap bebola seberat +- 60 gm)
Cara:
  • Ambil setiap bebola dari doh majerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah di leperkan hingga menjadi satu bebola yg besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan.
  • Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi.
  • Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.
  • Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
  • (Untuk intinya, anda bolehlah gunakan sembarang inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin)
My Observations :
  • Karipap jenis begini banyak menggunakan minyak/ majerin lantas hasilnya karipap yg cantik tapi a little to 'soft' for me. Actually, saya lebih gemar pd karipap/epok2 yg kulitnya garing seperti epok2/karipap biasa. Or perhaps, saya akan cuba lagi di masa akan dtg dgn
  • mengurangkan kadar minyak/majerin pada kulit karipap ini.





















0 comments:

Post a Comment