LEMON CHICKEN


Sumber: Ishzah

Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
  • 400gm isi ayam
  • 1 s/mkn halia kisar
  • * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
  • 2 s/mkn besar tepung beras
  • 1 s/mkn besar tepung jagung
  • 1 s/mkn lada sulah
  • 1 s/teh garam
  • 1 s/mkn gula
  • 2 butir telur
  • 2 s/mkn susu sejat
Cara penyediaan
  • Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
  • Gaul hingga adunan menjadi sebati.
  • Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
  • Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
  • Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
  • Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
  • Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
  • Sedap dihidangkan semasa panas.
Sos Lemon


Bahan-Bahan
  • 4 s/mkn jus lemon
  • 5 s/mkn gula
  • 3 s/mkn tepung jagung
  • 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
  • 1 s/mkn cuka
  • Setitik dua lemon paste
Cara penyediaan
  • Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
  • Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
  • Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
  • Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.
Note:
  • Rasa sos haruslah masam manis.

0 comments:

Post a Comment