Sumber: Ishzah
Bahan-Bahan
- 3 ketul sederhana panjang ubi kayu ~ buang kulitnya
- 1 s/teh garam
- Air untuk rebusan ~ secukupnya
- * Rebus ubi hingga empuk dengan sedikit garam.
- 180gm gula pasir
- 2 mangkuk santan pekat
- 1 helai daun pandan ~ simpulkan
- Secubit garam
- 1 s/mkn tepung jagung + sedikit air ~ untuk memekatkan santan.
- Rebus ubi hingga empuk dan airnya berkurangan sedikit.
- Lalu masukkan gula. Kacau perlahan-lahan hingga gula semua sebati dengan ubi.
- Padamkan api. Toskan dan ketepikan.
- Didihkan santan bersama sedikit garam dan daun pandan. Masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau hingga santan agak pekat sedikit.
- Padamkan api serta sejukkan.
- Letakkan ubi yg bersira gula ke dalam piring, lalu sirakan sos santan ke atas ubi.
- Siap untuk di hidang.
- Gula pasir boleh anda tukarkan ke gula melaka jika suka. Dengan cara cairkan gula melaka dengan sedikit air hingga sedikit pekat lalu tapis.
- Begitu juga dengan gula pasir, jika anda tidak mahu campurkan kesemua gula ke dalam ubi....,anda boleh buat seperti sirap gula pekat, bila nak hidang anda sirakan sirap gula dan santan.
0 comments:
Post a Comment