DAGING KICAP BEREMPAH



Bahan-bahannya
  • 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
  • (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
  • 12 tangkai cili kering (rendam)
  • 3 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji buah pala (I omitted sbb takde dlm stok)
  • (Kisar semua bahan di atas hingga halus)
  • 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 5-6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 biji kentang (dipotong wedges)
  • 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
  • 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
  • 3 sudu besar bawang goreng (optional)
  • sedikit daun ketumbar
  • secubit garam, sedikit gula
  • minyak utk menumis
Cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
  • Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar.
  • Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

0 comments:

Post a Comment