PULUT SERIMUKA DURIAN














Bahan-Bahan
  • 400 gm beras pulut (masukkan ke dalam mangkuk kecil, tandakan arasnya)
  • 1 mangkuk santan cair (gunakan mangkuk yg sama yg menyukat pulut tadi)
  • secubit garam
  • 1-2 helai daun pandan (disimpul)
Cara:
  • Beras pulut dibersihkan dan dikosek. Kemudian, masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan ke dalam loyang bulat (saiz 9" atau 10") dan kukus selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga tanak. Alihkan pulut yg telah masak tadi ke dalam loyang lain yg telah disapu sedikit minyak di sekelilingnya. Tekan2 dan ratakan pulut tadi sehingga rata dan mampat. Tuangkan bahan serimuka ke atas pulut yg telah ditekan . Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.
Bahan-Bahan Serimuka
  • 2 cawan santan pekat (saya gunakan santan KARA jer; ni kerja org rajin!)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur (kocok sedikit)
  • 4-5 ulas durian (diambil isinya dan lenyek halus)
  • 4 sudu makan (mumbung) tepung gandum
  • secubit serbuk vanilli (optional)
  • secukup garam (kira2 1/2 sudu teh)
Cara:
  • Semua bahan Serimuka disatukan dan dikacau rata-rata. Tapis jika perlu.

0 comments:

Post a Comment