ROJAK INDIA 1


Sumber: Resepi ROZZAN

Bahan-Bahan Untuk Kuahnya
  • 250 gm kacang tanah (disangai, kemudian buang kulit dan tumbuk kasar-kasar)
  • 750 gm keledek (direbus, buang kulit dan lecek hingga lumat)
  • 10 sudu makan lada serbuk atau lada kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 hiris halia
  • 100 gm gula pasir
  • 300 gm gula merah
  • 1400 -1500 ml air
  • 250 gm air asam jawa (atau secukup rasa)
  • 1/2 botol sos tomato
  • 100 gm bijan (disangai - goreng tanpa minyak)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tpg jagung (optional)
Cara:
  • Satukan keledek, lada serbuk, air, gula pasir/merah dan masak diatas api yg perlahan hingga mendidih. Masukkan air asam, sos tomato, kacang tumbuk, garam dan bijan sambil dikacau rata-rata. Biarkan sebentar, kemudian dialihkan dari api.
Nota:
  • Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda sendiri, tambah dan kurangkan apa yg perlu. Kuahnya ada rasa masam (sket je) dan manis. Jgn terlalu pedas.



BAHAN-BAHAN ROJAK

Tepung Kelapa
  • 100 gm tepung beras
  • 75 gm kelapa parut
  • 75 gm air
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh bicarbonate of soda
  • ½ sudu teh yeast (basah)
Cara:
  • Satukan semua bahan dan gaul sehingga rata lalu gorenglah adunan sedikit-sedikit. -yang ni saya tak buat
Tepung Telur
  • 150 gm tepung gandum
  • 125 gm air
  • 1 sudu teh yeast (basah)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 biji telur rebus
  • warna oren secukupnya
Cara:
  • Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Adunan ini boleh digoreng begitu saja utk dibuat semacam jemput-jemput atau dijadikan adunan pembalut telur rebus, tahu ataupun udang goreng iaitu bahan-bahan yg lazim dimakan bersama kuah rojak ini.
Tahu Udang
  • Kalau hendak membuat tahu udang, ambil sekeping tahu dibelah dua (horizontally); kemudian letakkan sedikit adunan tepung ini di atas tahu tadi lalu bubuhkan seekor udang dan tekan2 sedikit supaya melekat. Gorenglah di dalam minyak yg banyak.
Tepung tauge
  • 150 gm tepung gandum
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1 cawan tauge
  • 100 gm air
  • ½ sudu teh yeast (basah) -lebih kurang 1/4 s.teh (or slightly less) yis kering
  • ½ sudu teh baking powder
Cara:
  • Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Goreng adunan seperti anda menggoreng jemput-jemput.
Udang Goreng Tepung
  • 50 gm tepung beras
  • 200 udang basah (gunakan udang yg kecil2, agar bila digoreng, ianya garing dan rangup)
  • 50 gm air
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh yeast (basah)
  • garam secukupnya
Cara:
  • Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Masukkan udang ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Ambil sesenduk adunan dan gorenglah hingga masak.
  • - harini saya tak dapat buat udang goreng tepung ni sbb udang kecil ni tak musim. Satu pasar saya 'tawaf' tak jumpa2 gak!
Kentang Rebus
  • 6 biji kentang rebus
  • 1 sudu makan serbuk lada kering
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
Cara:
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan lada dan kunyit, kemudian masukkan kentang sambil dibalik-balikkan. Bila sudah rata,lalu diangkat. (saya malas nak buat, kentang tu plain je!)
Tempeh/Tahu
  • Celupkan tempeh/tahu di dalam air garam lalu digoreng seperti biasa. Ataupun ambil sedikit bahan tepung tadi, dicairkan sedikit lalu balut pada tempeh sebelum digoreng.
Sambal Sotong
  • Rendam dua keping sotong kering dengan abucang selama 1 malam. Panaskan sedikit minyak dan tumis tiga labu bawang besar yg digiling, lada kering serbuk dan sedikit warna merah. Setelah itu masukkan sotong tadi, gaul rata. (Saya beli jer sotong yg siap kembang dan tumislah seperti cara di atas)
Bahan-Bahan Lain (Jika Suka)
  • Fish cake/roll, crabstick, hotdog, paru, limpa, etc.
Bahan-Bahan Hiasan/Garnishing
  • Daun salad/lettuce, timun, lada hijau, bawang besar
PERATURAN
  • Potong bahan-bahan seperti tepung telur rebus, kentang, tahu/udang berbalut tepung, tepung kelapa dan sebagainya ke dalam pinggan besar. Hiaskan bahan-bahan itu dengan daun salad, timun dan hirisan lada hijau serta bawang besar. Hidangkan bersama kuah rojak.
NOTA:
1) Sukatan yeast segar (basah) kpd yeast kering~ 1 bahagian yis segar sama dgn 3/8 bahagian yis kering atau diringkaskan, rationya lebih kurang,
2 ½ sudu yis segar : 1 sudu yis kering

2) Kalau anda ingin membuat adunan tepung utk bahan-bahan rojak dgn ringkas, maybe anda boleh mencuba resipi dibawah ini yg tak kurang sedapnya, Insya'allah. Cepat dan jimat masa menyediakannya.

Bahan-Bahan Membuat Adunan Tepung (batter)
  • 1 kg tepung gandum
  • 6 gm yeast kering
  • 1 sudu teh garam
  • 1 – 1.2 liter air
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
Cara:
  • Ayak tepung dan gaul rata dgn yeast, kunyit serbuk serta garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga adunannya menjadi seperti adunan jemput-jemput.
  • Perap adunan dalam bekas yg besar sedikit selama 2 ½ hingga 3 jam, sehingga ia mengembang 2 kali ganda.
  • Sebaik-baiknya tutup dgn kain kasa yg nipis. Tepung ini akan digunakan utk menyalut bahan-bahan rojak yg hendak digoreng.
Baiklah jom kita makan, atau istilah orang Singapura, YUK MAKAN YUK!!

0 comments:

Post a Comment