D’CHEESY COOKIES /BISKUT KEJU



Inilah hasil biskut yg telah siap untuk dimamam hehehe......


Inilah hasil rupa adunannya. Adunan memang lembik jangan sesekali tambah tepung ya.

Sumber: Resepi DIANA

Bahan-bahannya
  • 9 oz (255 gram) mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 8 oz (227 gram) gula halus
  • 13 oz (368 gram) tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 kotak (250 gram) keju cheddar, disagat halus
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit esen vanilla
Cara-caranya
  • Pukul mentega dan gula halus menggunakan hand whisk sehingga ia kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan juga esen vanilla dan pewarna kuning.
  • Masukkan keju yang telah disagut halus. Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.
  • Adunan biskut ini memang lembik dan harus dipipekan menggunakan bentuk semperit sikat, daun ataupun bentuk lain menggunakan pesawah.
  • Bakar biskut menggunakan suhu 170’C sehingga biskut masak dan tukar kekuningan.
Nota:
  • Keju hendaklah disagat menggunakan sagat yang halus, kalau tidak nanti susah nak bentukkan biskut. Adunan resipi ini memang lembik, JANGAN anda tambahkan tepung.
  • Adunan tidak sesuai untuk dicanai dan diterap. Jarakkan biskut di atas loyang pembakar. Bila dibakar ia akan kembang sedikit.

0 comments:

Post a Comment