KEK COKLAT KUKUS BEBOP

First time buat Kek Coklat Kukus Bebop, memang sedap rasanya moist dan kena pada tekak D. Resipi ini ramai yang telah mencuba, ini D tampal kat sini kongsi dengan semua. Rugi tak buat tawwwwww, very the easy wunnn…

Sumber: Kak Bebop / Diana

Bahan-bahannya
  • 1 1/2 ketul (375 gram) butter
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan gula
  • 4 biji telur - dipukul perlahan
  • 1 cawan koko
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-caranya
  • Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan telur.
  • Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10" yg telah disapu minyak, kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek)
CHOCOLATE TOPPING

Bahan-bahannya
  • 250 gm cooking chocolate
  • 50 gm susu cair
  • Masak bersama hingga likat, sapukan atas kek dan kelilingnya.

0 comments:

Post a Comment