JEMPUT-JEMPUT ROTI


Sumber : Resepi ROZZAN

Bahan-Bahan
  • 14 keping roti (wholemeal atau plain white bread)-koyak2kan menjadi kepingan kecil
  • 8-10 sudu besar tepung jagung
  • 1 ½ cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 3 biji telur (saiz besar)
  • 80 gm isi ayam (potong dadu kecil2)
  • 80 gm udang sederhana (buang kulit dan cincang kecil)
  • 2 batang cili merah (potong kecil2)-kurangkan jika tak mahu pedas
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • 50 gm jagung (whole kernel corn)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
Cara:
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Tuang air dan susu cair lalu biarkan sebentar supaya air/susu meresap ke dalam roti.
  • Pastikan kesemua kepingan roti itu telah diresapi air/susu. Kemudian masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata.
  • Akhir sekali, masukkan garam, lada putih serbuk dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga adunan sebati. Jikalau adunan cair, tambahkan sedikit roti atau tepung jagung.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

0 comments:

Post a Comment