KUIH TALAM UBI KAYU













Bahan- Bahan


Lapisan Bawah

  • 700 gm Ubi kayu yang telah diparut
  • 200 ml air (paip)
  • * Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.
  • 180 ml air
  • 210 gm gula melaka
  • 150 gm gula pasir
  • * Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  • 75 g kelapa parut putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh sebuk vanilla
  • pewarna cokelat (optional) - jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
  • 100 gm ubi - shredded. (optional)

* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11"x 11"x 2".
* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang lapisan atas.


Lapisan Atas

  • 1160 ml santan
  • 120 gm tepung beras
  • 40 gm tepung kanji
  • 30 gm gula
  • 1 sudu teh garam
  • * Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
  • * Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.
  • * Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
  • * Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment