Simple pizza..boleh guna apa saja topping yg digemari
Bahan-bahan ( 2 biji )
- *200g tepung roti
- *1/2 sudu besar gula
- *1/2 sudu kecil garam
- *2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar olive oil
- 130ml air
- sosej, bawang besar, sos pizza, tomato, pizza cheese
Cara-cara
- Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.
- Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
- Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
- Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
- Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.
0 comments:
Post a Comment