Triple Chocolate Peanut Buter Cookies



Bahan
  • 125 gm mentega tanpa garam
  • ¾ cawan gula perang yg lembut (soft brown sugar)
  • 1 biji telur, dikocok sebentar
  • ¾ cawan peanut butter
  • 1 cawan tpg gandum, diayak
  • ½ sudu teh soda bicarbonate
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 175 gm white chocolate compound
  • 175 gm dark chocolate compound
Cara
  • Panaskan ketuhar 180 darjah C
  • Pukul gula dan mentega sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur dan pukul sehingga rata. Masukkan peanut butter dan pukul lagi hingga sebati.
  • Dengan menggunakan sudu logam (metal spoon), masukkan tpg, soda bicarbonate dan srbuk koko. Gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil satu sudu makan rata doh dan bentukkan seperti bebola. Letakkan diatas dulang biskut, kemudian leperkan menggunakan garpu, sambil dicorak menyilang (criss-cross pattern). Ulang sehingga doh habis. Bakar selama 20 minit. Setelah masak biarkan sejuk di dalam dulang pembakar selama 5 minit, kemudian barulah dialih ke redai. Biskut harus betul-betul sejuk sebelum dihias.
  • Cairkan white chocolate compound dgn kaedah ‘double boil’ sehingga halus. Celup satu pertiga dari setiap biskut dgn coklat putih. Letak semula di redaisupaya cepat sejuk dan kukuh.
  • Cairkan pula dark chocolate compound dgn cara yg sama dan celup bahagian bertentangan biskut dgn warna coklat pula. Bahagian tengah biskut kosong tidak bersalut. Sejukkan di redai.

0 comments:

Post a Comment