WAFFLES

Nota: Gambar waffle sekadar hiasan.

WAFFELS I
Sumber: Diana /Allrecipes.com - Waffles I

Bahan-bahannya

  • 2 biji telur
  • 2 cawang tepung serbaguna
  • 1 ¾ cawan susu segar
  • ½ cawan minyak sayuran
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu teh baking powder
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
  • Panaskan alat membuat waffle. Pukul telur dalam mangkuk yang besar bersama hand whisk sehingga kembang. Masukkan tepung, susu, minyak sayuran, gula, baking powder, garam dan vanilla dan pukul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  • Lenser alat membuat waffle dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan keatas alat pemanas waffle dan masak sehingga ia bertukar kuning kekuningan. Enak dihidangkan panas.
CLASSIC WAFFLES

Sumber: Allrecipes.com - Classic Waffles

Bahan-bahannya
  • 2 cawang tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula paisr
  • 2 biji telur
  • 1 ½ cawan susu suam
  • 1/3 cawan mentega, dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan gula. Ketepikan. Panaskan alat membuat waffle kepada suhu yang anda inginkan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur. Masukkan susu, mentega dan vanilla dan gaul rata. Tuangkan cecair ini kedalam mangkuk yang mengandungi tepung. Pukul rata sehingga bahan-bahan sebati.
  • Sendukkan adunan keatas alat membuat waffle. Masak waffle sehingga ia kekuningan. Hidangkan panas.

0 comments:

Post a Comment