YONG TAUFU

resipi Yong Taufu dari Hajah Saodah. Cubalah, InsyaAllah sedap.



Sumber: Hajah Saodah Mohd Salleh

Bahan A
  • 100 gram kacang soya, direndam semalaman
  • 300 gram sengkuang, dihiris memanjang seperti batang mancis
  • 50 gm ikan bilis
  • 2 biji bawang putih
  • (ikan bilis dan bawang putih kisar halus dengan air dan tapis)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan B
  • 200 gram isi ikan keledek atau ikan tenggiri, dikisar
  • 1 biji lada merah, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
  • 1 biji lada hijau, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
  • 1 dahan daun sup, dirampai
  • 1 dahan daun ketumbar, dirampai
  • sehiris karot, didadu kecil-kecil
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan C
  • 6 keping cendawan kering, direndam sehingga kembang
  • 6 biji lada merah, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
  • 6 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
  • 1 batang peria, hiris setebal 1 cm dan buang bijinya
  • 6 batang kacang bendi
  • 2 keping tahu putih, dibelah jangan putus
  • 2 keping tahu kering, dibelah jangan putus
  • 1 ekor sotong kembang, direbus sehingga lembut
  • beberapa biji telur puyuh
  • beberapa biji bebola ikan atau sotong
Bahan D
  • 1 sudu makan lada kisar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 100g gula merah atau gula Melaka
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh petis
  • 1/2 gelas air
  • jus dari 6 biji limau kasturi
Cara untuk Bahan A
  • Rebus kacang soya dan sengkuang dengan air ikan bilis. Masukkan secukup air dan rebuslah sehingga kacangnya empuk. Masukkan minyak bijan, garam dan sedikit gula. Setelah mendidih matikan api.
Cara untuk Bahan B dan C
  • Gaul rata semua Bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering renjis sedikit air dan gaul sehingga adunannya lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan-bahan C seperti tahu, cendawan, lada, peria dan kacang bendi.
  • Tangan hendaklah selalu dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu. Bila hendak dihidangkan, bahan-bahan tersebut hendaklah dicelur sehingga masak.
  • Kemudian dipotong-potong dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng, hirisan daun sup/ daun bawang dan hidangkan dengan sambalnya. Enak dimakan panas-panas.
Cara untuk Bahan D - Sambalnya
  • Masukkan semua bahan D kedalam periuk. Kacau rata diatas api yang sederhana. Apabila sambalnya mendidih dan pekat, matikan api.

0 comments:

Post a Comment