BISKUT MACADEMIA & UMPAI LAUT (SEAWEED)


Bahan
  • 200 gm mentega
  • 130 gm gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur (sederhana)
  • 288 gm tpg gandum atau Top flour }
  • 60 gm tpg kastad }……… diayak
  • 80 gm kacang macademia – dicincang
  • 5 gm umpai laut
Cara
  • Pukul mentega, gula kaster & esen vanilla dgn kelajuan yg kuat selama 2-3 minit atau sehingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi selama 2 minit.
  • Dengan kelajuan yg perlahan masukkan tpg yg telah diayak, kacang macademia dan umpai laut. Pukul lagi hingga menjadi doh yg lembut. Bahagi doh kpd 3 bahagian.
  • Letak setiap doh di atas plastik dan gulung ketat-ketat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Setelah itu, keluarkan doh dan dipotong kepingan, setiap satu ½ cm tebal.
  • Atur di dulang pembakar dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah Celsius selama 20-25 minit atau sehingga garing.
Nota: Kacang macademia boleh digantikan dgn kekacang yg lain, atau hirisan korma.

0 comments:

Post a Comment