Kuih Kaswi yang boleh anda sediakan untuk minum petang. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam. Sedappp..
Bahan-bahan
- 500 gm tepung gandum
- 400 gm gula melaka
- 200 gm gula pasir
- 125 gm tepung sagu
- 1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
- 1000 ml air
- Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan.
- Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.
- Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih.
- Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam.
0 comments:
Post a Comment