PEANUT BUTTER PANCAKE ROLLS


Sumber : Bro Rozzan

Did this pancake last night. The recipe is from myresipi.com. Thanks to the recipe owner skyblue. The taste is great.

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum (saya gunakan 140 gm)
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil bic of soda
  • 4/5 cawan susu segar (saya gunakan 200 ml)
  • 1 biji Telur (saya gunakan 2 biji)
  • 1/4 sudu kecil esen vanilla (saya gunakan vanilli)
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa (secubit jer!)
  • peanut butter atau jam (ikut rasa masing2)
  • gula pasir (optional)

Cara:

  • Masukkan gula, susu, telur and vanilla ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung, baking powder, baking soda, garam dan minyak. Gaul hingga rata.
  • Panaskan kuali non-stick dgn api kecil. Masukkan 1/4 cawan adunan (saya gunakan kira-kira 70 ml). Masak sampai perang sebelah.
  • Sapukan peanut butter dan taruh sedikit gula kalau suka. Gulungkan dan potong dua atau mengikut citarasa anda.
Nota:
  • Anda boleh mempelbagaikan intinya seperti kacang merah, keju slice, pes cokelat ataupun peanut butter.
  • Utk mendapatkan gulungan yg cantik, saya sarankan anda biarkan penkek tu sejuk sebentar sebelum disapu dgn inti. Kemudian baru digulung.
  • Silap saya ialah, saya terus sapukan inti keatas penkek tu setelah diangkat dari kuali. Ini 'mencairkan' inti tersebut dan membuat gulungannya tidak kemas. Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment