Sumber : Bro Rozzan
Bahan-bahannya
- 10 biji telur
- 6 oz mentega
- 2 cawan gula pasir (digoreng)
- 2 cawan air
- 2 cawan tepung gandum }
- 2 sudu teh bicarbonate of soda }
- 1 sudu teh baking powder } diayak bersama
- ½ tin susu pekat
- Gula digoreng hingga kekuningan & masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata dan biarkan gula sejuk.
- Kacau mentega hingga kembang & masukkan telur sebiji-sebiji. Kacau rata-rata.
- Masukkan susu pekat, ratakan. Kemudian, masukkan tepung lalu dikacau rata.
- Akhir sekali, tuangkan gula goreng tadi lalu diratakan.
- Bubuh ke dalam loyang (bulat atau persegi empat) dan dibakar hingga masak kekuningan atau selama kira-kira 1 jam hingga 1 jam 15 minit dgn suhu 170 – 180 darjah Celsius.
- Bagaimanapun, utk kek yg terpapar di atas ni, saya telah mencuba kaedah yg lain. Saya telah masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati (kejap jer). Pastu, saya perap selama 1 jam, then tuang ke dalam loyang 10" x 10" dan dibakar hingga masak.
0 comments:
Post a Comment