KUIH KERIA


Sumber : Bro Rozzan

Bahan-Bahan
  • 800 gm ubi keledek
  • 180 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh gula
  • secubit garam
  • minyak utk menggoreng
Utk Salutan Gula
  • 100 gm gula
  • 100 ml air
Cara:
  • Kukus atau rebus keledek sehingga empuk. Kupas kulitnya dan lecek hingga halus. Masukkan tepung dan gaul/uli hingga menjadi adunan yg boleh dibentukkan.
  • Bahagikan adunan menjadi bebola (lebih kurang 15-20 biji, tergantung kepada saiz bebola tersebut). Bentukkan menjadi gegelang (rings). Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.
  • Kemudian, di dalam kuali, masak gula dengan air sehingga mendidih dan gula larut. Biarkan sebentar sehingga gula memekat. Masukkan kuih yg telah digoreng tadi dan gaul/kacau rata sehingga gula menyaluti keseluruhan kuih-kuih tadi. Gunakan api yg sederhana.
  • Angkat dari kuali dan hidangkan.
Nota:
  • Jika anda tidak gemar dgn salutan gula seperti di atas, anda bolehlah taburkan gula halus pada kuih keria yg telah digoreng itu (seperti donat biasa)

0 comments:

Post a Comment