LAPIS KACANG HIJAU














(Sumber: Pn Siti Mastura Alwi)

Bahan-Bahan
  • 400 gm tepung kacang hijau
  • 100 gm tepung hoon kwee
  • 80 gm tepung kanji
  • 600 gm gula melaka
  • 200 gm gula halus
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  • 2500 ml santan dari 4 biji kelapa parut
  • 2 sudu teh pewarna hijau
  • loyang bulat (28 cm) gris sekelilingnya dgn minyak
Cara:
  • Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit. Ketepikan.
  • kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi sehingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna asalnya.
  • Kukus di dalam loyang berselang-seli warna sehingga adunannya habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan kuihnya benar-benar sejuk , barulah dipotong.

0 comments:

Post a Comment