ASAM PEDAS THAI BEEFBALLS

Sumber: Farida Bibi Kaiser
lauk ini adalah jenis yang kering gitu dan sebaiknya lebihkan lada merah baru rasanya umpphhh sedap….


Bahan A


Bahan A digaul rata-rata dan dikepal-kepal kecil dan digoreng.
  • 1 kg daging kisar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar didadu kecil2
  • 1/2 jari halia dimayang
  • sedikit garam
Bahan B

Bahan B dikisar halus

  • 10 biji lada hidup
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 1/2 jari kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai
Bahan C
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa parut
  • 2 biji Tomato dibelah 4
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 5 atau 6 batang bende muda digoreng sebentar.
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak didalam periuk.
  • Tumis bahan-bahan kisar dan masukkan daun limau purut.
  • Apabila garing masukkan berbola daging goreng.
  • Gaul rata-rata perlahan-lahan.
  • Tuangkan santan, masukkan tomato dan garam
  • Biarkan mendidih sehingga pekat ssedikit.
  • Semasa menghidang, hiaskan diatasnya dengan bende goreng.
  • Enak dimakan dgn Roti, nasi putih dan chapati...

0 comments:

Post a Comment