MEE REBUS UDANG GERAGAU

Sumber: Mami Asmah Laili


Bahan-Bahan
  • 1 kilo mee kuning, di rebus sebentar dan ditoskan
  • 2 keping tauhu, digoreng dan di hiris
  • ½ kilo taugeh, di celup sebentar dalam air panas dan di toskan
  • Beberapa biji limau kasturi, dibelah dua
  • Beberapa dahan daun salad, cuci bersih dan hiris
  • Secukup bawang goring
  • Beberapa batang lada hijau dan lada merah dihiris
  • Sedikit kicap
  • Beberapa biji telur rebus
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAHNYA
  • 200 gram daging, direbus dan didadu kecil, direbus sehingga lembut, ketepikan dengan stok sekali.
  • 300 gram udang hidup yang sedang besarnya, buang kulit dan direbus sebentar, ketepikan dengan airnya sekali
  • 190 gm tauco dicuci dan di ramas
  • 2 biji kledek di rebus dan dikisar, ketepikan
  • $1/- udang geragau
  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 ibu jari halia
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 jari lengkuas , dititik
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • ½ cawan kacang tanah, yang digoreng dan dikisar (jika suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara Cara
  • Rampah kisar digaul rata dengan tauco dan rempah kari.Panaskan sedikit minyak. Tumis serai dan lengkuas sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kisar dan tumis sehingga naik aromanya. Masukkan daging beserta airnya.. Masak sebentar.Masukkan sedikit air dan keledek.
  • (Ada orang lebih suka mengunakan air rebusan udang atau air rebusan tetelan, tanpa mengunakan daging tetelan mahu pun udang hidup – cara ini pun boleh.)Biarkan ia mendidih.Lepaskan udang dan airnya sekali.
  • Masukkan kacang dan gaul rata. Jika kurang pekat, masukkan sedikit tepung gandum yang digaul dengan sedikit air.
  • Masak sehingga rasanya enak. Rasa, baru masukkan garam dan gula. Jangan masukkan garam dahulu sebab anda
  • mengunakan tauco.
Cara menghidang -
  • Ambil sedikit mee letakkan didalam mangkuk. Letakkan taugeh, dan curahkan kuah diatasnya.
  • Hiaskan hirisan daun salad di atasnya,Sebutir telur rebus, tauhu,lada hijau dan merah, bawang goreng dan renjiskan sedikit kicap. Enak dihidangkan panas-panas.

0 comments:

Post a Comment