CHOCOLATE OAT CRISP

Sumber : Koleksi resipi oats/ Maklang

Bahan-bahannya
  • 130g tepung gandum }
  • 30g tepung jagung }
  • 20g serbuk koko } ayak
  • ½ sudu kecil serbuk penaik }
  • ¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis }
  • ¼ sudu kecil garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya
  • Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  • Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
  • Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
Nota
  • Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik-baiknya, biarkan biskut betul-betul sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.

0 comments:

Post a Comment